RIMAN Menghubungkan Pasaran APAC di Macau Melalui Strategi, Inovasi dan Pelancaran Produk Baharu

prnewswire
04/27

SEOUL, Korea Selatan, 27 April 2026 /PRNewswire/ -- RIMAN, sebuah syarikat jualan langsung yang memberi keutamaan kepada penjagaan kulit dan kesejahteraan Kecantikan ala Korea (K-beauty), melabuhkan tirai "2026 RIMAN Convention Macau" dengan jayanya dari 17 hingga 19 April di The Londoner Macao yang menghimpunkan sekitar 2,000 ahli dan pemimpin dari tujuh pasaran Asia-Pasifik.

Continue Reading
2026 RIMAN Convention Macau at The Londoner Macao (PRNewsfoto/RIMAN)

Acara tersebut, diadakan berdasarkan tema "MADE DIFFERENT" ("DIBUAT BERBEZA") ini merupakan konvensyen serantau kedua syarikat dan melibatkan para peserta dari Korea Selatan, wilayah Taiwan, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Malaysia, Singapura, Filipina dan Jepun. Program selama tiga hari itu memberi tumpuan kepada latihan kepimpinan, strategi perniagaan dan inovasi produk, ketika syarikat berusaha memperkukuh rangkaian serantaunya serta memperluas kehadiran globalnya.

Para eksekutif dan pemimpin serantau menegaskan penjajaran pelaksanaan tempatan dengan strategi global, selain perkongsian kajian kes daripada pasaran berbeza. Lanjutan daripada perkongsian pandangan ini, ceramah panel kepimpinan dan pendedahan produk baharu menyusul, lalu membawa suasana acara kemuncaknya. Khususnya, ramuan warisan RIMAN, Giant BYoungPool™, ditonjolkan sekali lagi sebagai lambang falsafah jenama syarikat, yang mendapat sambutan hebat daripada peserta.

RIMAN turut menonjolkan laluan penyelidikannya semasa acara ini. Dr. Hee-sik Kim, Ketua Pegawai Teknologi ASK LABS dan penyelidik di Korea Research Institute of Bioscience and Biotechnology, memperkenalkan biobahan berasaskan tumbuhan yang diperoleh daripada strain klorela proprietari yang ditemui di Jeju. Bahan ini telah dibangunkan selama kira-kira sedekad, dengan pelaburan sebanyak KRW 3.9 bilion (kira-kira $3.0 juta). Ia mengandungi karotenoid seperti lutein dan zeaxanthin dan dijangka akan diperkenalkan buat julung kalinya dalam produk baharu lewat tahun ini. Tempat acara turut menyediakan ruang pameran yang mempersembahkan jenama-jenama syarikat—ICD, botalab dan Lifening—selain pemasangan digital yang memaparkan operasi pengeluaran dan penyumberan di Jeju.

Youngsu Hwang, Ketua Pegawai Jualan Global, berkata matlamat konvensyen adalah untuk memantapkan penyelarasan merentas pasaran dan menyokong pertumbuhan jangka panjang.

Latar Belakang RIMAN 

Ditubuhkan pada 2018 di Korea Selatan, RIMAN ialah syarikat jualan langsung bidang kecantikan dan kesejahteraan global yang mentakrifkan semula Kecantikan ala Korea (K-Beauty) melalui ramuan warisan dari Pulau Jeju dan inovasi termaju. Di Jeju Smart Farm, RIMAN mengurus setiap peringkat, bermula daripada penanaman bahan mentah hinggalah pembangunan produk, termasuk ramuan khasnya, Giant BYoungPool™—kultivar Centella Asiatica termaju yang diberikan Perlindungan Varieti Tumbuhan selama 20 tahun oleh Korea Forest Service pada Julai 2022 dan Jabatan Pertanian A.S. (USDA) pada September 2025.

SOURCE RIMAN

免责声明:投资有风险,本文并非投资建议,以上内容不应被视为任何金融产品的购买或出售要约、建议或邀请,作者或其他用户的任何相关讨论、评论或帖子也不应被视为此类内容。本文仅供一般参考,不考虑您的个人投资目标、财务状况或需求。TTM对信息的准确性和完整性不承担任何责任或保证,投资者应自行研究并在投资前寻求专业建议。

热议股票

  1. 1
     
     
     
     
  2. 2
     
     
     
     
  3. 3
     
     
     
     
  4. 4
     
     
     
     
  5. 5
     
     
     
     
  6. 6
     
     
     
     
  7. 7
     
     
     
     
  8. 8
     
     
     
     
  9. 9
     
     
     
     
  10. 10