Hisense Mulakan Kempen FIFA World Cup 2026™, Dekatkan Peminat Dengan "Menginovasi Kehidupan Lebih Cerah"

prnewswire
05/11

QINGDAO, China, 11 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama terkemuka dalam elektronik pengguna dan peralatan rumah global, hari ini melancarkan iklan televisyen (TVC) terbaharunya sempena menyambut FIFA World Cup 2026™ yang akan datang, sekali gus memulakan kempen baharu yang menyoroti kuasa emosi sukan bola sepak sambil merealisasikan visinya, Menginovasi Kehidupan Lebih Cerah.

Continue Reading
(PRNewsfoto/Hisense)

Bermula daripada padang bola peringkat akar umbi hinggalah ruang tamu yang dipenuhi harapan, TVC tersebut memaparkan detik kegembiraan, ketabahan dan perpaduan—memperlihatkan bagaimana bola sepak mewujudkan ikatan emosi yang menjangkau usia, budaya dan geografi.

Dengan memperluas naratif daripada pertumbuhan individu kepada pengalaman kolektif, Hisense meletakkan kedudukannya bukan sekadar penaja—tetapi pendaya detik-detik bermakna. Teknologi RGB MiniLED miliknya dapat menjayakan tujuan ini melalui "Warna Semula Jadi dan Sebenar" bagi memberikan gamut warna ultra tinggi serta reproduksi tepat supaya setiap detik terasa hidup dan nyata seperti di padang sebenar.

Berdasarkan komitmen terhadap ketulenan dan ketepatan ini, Hisense akan berperanan sebagai Penyedia TV Semakan VAR Rasmi dan Eksklusif bagi FIFA World Cup 2026™. Menerusi peranan ini, Hisense melengkapkan Bilik Operasi Video (VOR) FIFA World Cup dengan paparan RGB MiniLED canggih bagi membolehkan pengadil bantuan video meneliti rakaman perlawanan dengan jelas, tepat berserta perincian warna tampak hidup.

Hisense mempunyai sejarah panjang dalam meraikan "permainan indah", termasuk pernah menjadi penaja global beberapa FIFA World Cup™, rakan kongsi bagi tiga Kejohanan Eropah UEFA serta Rakan Rasmi FIFA Club World Cup 2025™, dengan kehadiran berterusan di FIFA World Cup 2026™. Kerjasama berterusan ini menonjolkan bagaimana inovasi Hisense mendekatkan peminat kepada aksi, sekali gus meningkatkan pengalaman tontonan dan emosi sukan tersebut di seluruh dunia.

Melalui TVC FIFA World Cup 2026TM ini, Hisense terus mentransformasikan perhatian global menjadi hubungan emosi—menyatukan penonton melalui bola sepak dan menginspirasikan kehidupan yang lebih cerah.

Klik di sini untuk Menginovasi Kehidupan Lebih Cerah bersama-sama: https://youtu.be/NDKXdcu01bM?si=cUlpwsu7wbYlPYn8

Latar Belakang Hisense

Hisense, ditubuhkan pada 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam penyediaan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki tempat No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan ke atas (2023-2025). Sebagai The Origin of RGB MiniLED, Hisense terus menerajui inovasi RGB MiniLED generasi seterusnya. Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup 2026™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.

SOURCE Hisense

免責聲明:投資有風險,本文並非投資建議,以上內容不應被視為任何金融產品的購買或出售要約、建議或邀請,作者或其他用戶的任何相關討論、評論或帖子也不應被視為此類內容。本文僅供一般參考,不考慮您的個人投資目標、財務狀況或需求。TTM對信息的準確性和完整性不承擔任何責任或保證,投資者應自行研究並在投資前尋求專業建議。

熱議股票

  1. 1
     
     
     
     
  2. 2
     
     
     
     
  3. 3
     
     
     
     
  4. 4
     
     
     
     
  5. 5
     
     
     
     
  6. 6
     
     
     
     
  7. 7
     
     
     
     
  8. 8
     
     
     
     
  9. 9
     
     
     
     
  10. 10